Sifat Mahmudah

Sifat Mahmudah (Terpuji) “Ya Allah Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terpuji)” Amin ♥♥♥ 🙂 Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah (terpuji) kepada beberapa bahagian: 1. TAUBAT – Keazaman untuk meningglkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan il,u, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya. 2. TAKUT AKAN ALLAH s.w.t. – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya. 3. MAHABBAH – Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam. 4. ZUHUD – Kehidupan insane Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik. 5. SABAR – Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat. 6. SYUKUR – Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya. 7. IKHLAS DAN BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia. 8. TAWAKAL – Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha. 9. REDA DENGAN QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin. 10. MENGINGATI MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana. Dari Majalah Gen-Q Isu Perdana. http://msg-cyber.blogspot.com/2011/12/sifat-mahmudah-terpuji.html

Leave a comment